KAMALANATHAN (tengah) dan Nordin (tiga dari kanan) pada Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016.
KAMALANATHAN (tengah) dan Nordin (tiga dari kanan) pada Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016.
ANTARA pelajar yang menyertai Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016.
ANTARA pelajar yang menyertai Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016.
Hidayatul Akmal Ahmad


Penemuan Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) yang dijalankan syarikat induk Dutch Lady iaitu FireslandCampina menunjukkan hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D manakala seorang dalam 20 mengalami masalah kekurangan nutrisi disebabkan pemilihan nutrisi tidak seimbang serta kurang melakukan aktiviti jasmani.

Masalah kekurangan nutrisi boleh menyebabkan tubuh kurus, kurang berat badan dan ketinggian terbantut. Mereka yang mengalami masalah nutrisi berlebihan mengakibatkan berat badan berlebihan, obes dan terlalu obesiti.

Peka dengan situasi itu, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menganjurkan Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016 bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim Pengkalan Chepa.

Ia sebagai alternatif membangkitkan kesedaran terhadap pemakanan berkhasiat dan gaya hidup sihat menerusi aktiviti fizikal.

Larian sejauh tiga kilometer di sekitar bandar Pengkalan Chepa termasuk aktiviti riadah yang lain dalam usaha menyemai tabiat gaya hidup sihat serta memperbaiki taraf kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Ia selari dengan matlamat syarikat tenusu terkemuka itu untuk membantu rakyat Malaysia maju ke hadapan dengan khasiat tenusu yang dipercayai.

Ahli Lembaga Pengarah, Dutch Lady Malaysia, Datuk Dr Mohd Nordin Mohd Nor, berkata, acara Larian Cergas Ceria Dutch Lady bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan pemakanan berkhasiat dan aktiviti jasmani bagi memastikan anak menjalani gaya hidup sihat.

“Ini kerana pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak saling bergantung pada khasiat pemakanan dan senaman harian.

“Larian Cergas Ceria Dutch Lady juga adalah lanjutan pada kempen kesedaran Drink.Move.BeStrong (Minum Susu.Bergerak.Jadi Kuat) yang dilancarkan pada 2014 yang menggalakkan keluarga di Malaysia supaya menjadi kuat dari segi jasmani dan emosi menerusi pengambilan khasiat daripada susu dan pembabitan dalam aktiviti fizikal,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk P Kamalanathan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 5:00 AM