Kuala Lumpur: Ratusan pengujung Menara Berkembar Suria KLCC dikejutkan dengan deruman tiga jet pejuang Tentera Udara Diraja British (RAF) yang melintasi ruang udara pusat pelancongan itu selama kira-kira lima saat, 4 petang tadi.
Tiga jet pejuang Eurofighter Typhoon berkenaan terbang sebagai sebahagian daripada Latihan Bersama Lima 16 iaitu satu latihan tahunan di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang membabitkan Malaysia, Singapura, United Kingdom, Australia dan New Zealand.
Pesawat Typhoon terbang dari RAF Skuadron 1 Lossiemouth dan tiba di pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, 4 Oktober lalu.
Latihan berkenaan memberi peluang kepada lima negara untuk meningkatkan integrasi dan saling menujukkan komitmen kolektif lima negara terbabit kepada FPDA.