MOHAMAD Issmanto (tengah) dianugerahkan peserta terbaik. FOTO Norfarhani Che Ad
MOHAMAD Issmanto (tengah) dianugerahkan peserta terbaik. FOTO Norfarhani Che Ad
Nor Farhani Che Ad


Sungai Petani: Dua puluh sembilan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) serta Unit Pengesan K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari seluruh negara menamatkan Kursus Survival STORM peringkat Kebangsaan, hari ini.

Majlis penutupan kursus 10 hari bermula 2 Oktober lalu di kawasan Empangan Pedu dan berakhir di Pantai Merdeka, di sini, disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Kursus berkenaan bertujuan bagi mencari dan melatih pegawai baru serta memantapkan lagi pasukan itu dalam menjalankan tugas.

Dalam kursus yang diadakan, peserta perlu berjalan 18 kilometer, mendayung tasik sejauh tujuh kilometer, ikhtiar hidup di hutan dan paya serta ikhtiar hidup di air (laut).

Peserta terbaik keseluruhan dianugerahkan kepada Penguasa Bomba, Mohamad Issmanto Md Pono, 34, dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya selepas menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua kursus yang diberikan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 5:17 PM