Raja Noraina Raja Rahim


Jelebu: Ibu kepada bayi perempuan berusia sembilan bulan yang maut dalam kemalangan di KM9 Jalan Jelebu-Kuala Klawang, dekat Bukit Tangga, di sini, meninggal dunia, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri, berkata Nadzirah Mohamad Syukur, 26, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, pada 12.01 tengah malam tadi.

Katanya, jumlah mereka yang maut dalam kemalangan itu kini membabitkan tiga orang.

Semalam, anak perempuan arwah Nadzirah iaitu Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim, maut di tempat kejadian.

Penumpang Proton Saga, Halimah Ludin, 64, pula meninggal dunia di Hospital Jelebu, kira-kira 8 malam tadi.

Kemalangan pada 4.45 petang semalam, berlaku ketika Proton Saga dinaiki Allahyarham Halimah bersama empat beranak dalam perjalanan dari arah Seremban.

Bagaimanapun, kereta mereka bertembung dengan Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Hakim Mohd Maddin, 28, yang dinaiki isterinya, Allahyarham Nadzirah dan bayi mereka.

Turut berada dalam Perodua Bezza adalah dua wanita warga. Perodua Bezza itu bergerak dari arah bertentangan.

Othman berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 10:47 AM