Pei Jing (kiri) dan Kian Meng raih gelaran kedua. FOTO NSTP
Pei Jing (kiri) dan Kian Meng raih gelaran kedua. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu campuran badminton negara Lai Pei Jing-Tan Kian Meng mempamer aksi cemerlang untuk muncul juara Terbuka Thailand hari ini.

Pei Jing-Kian Meng yang diletakkan pilihan ketiga kejohanan berstatus Grand Prix (GP) Emas itu menewaskan wakil Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-16, 22-20 dalam saingan berlangsung selama 39 minit di Stadium Nimibutr, Bangkok.

Beregu campuran kedua negara itu menguasai perlawanan di set pertama tetapi terikat 20-20 di set kedua sebelum mencatatkan kemenangan mutlak 22-20.

"Walaupun menang, kami tidak beraksi pada tahap terbaik. Tapi kami terus mencuba sehingga tamat perlawanan," kata Pei Jing.

Ia kejayaan kedua mereka di pentas antarabangsa pada tahun ini selepas muncul juara Terbuka Vietnam, Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 7:49 PM