Lee memberi penerangan kesedaran menderma organ kepada orang ramai di LRT Masjid Jamek. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
Lee memberi penerangan kesedaran menderma organ kepada orang ramai di LRT Masjid Jamek. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
Rizanizam Abdul Hamid

 

Kuala Lumpur: Hanya 1.2 peratus atau 362,450 daripada seluruh rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ sejak 1997 sehingga September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye berkata, angka itu masih rendah walaupun terdapat peningkatan jumlah pengikrar dari tahun ke tahun.

"Selain itu, bilangan penderma selepas kematian juga amat rendah iaitu hanya 597 orang sejak 1975.

"Antara halangan utama adalah salah tanggapan tentang prosedur menderma organ, beranggapan agama melarang dan tidak tahu hasrat ahli keluarga yang menjadi penderma," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2016 'Ride And Talk'#Jom Bincang di LRT Bangsar di sini hari ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 2:59 PM