PEGAWAI dan anggota bersorak gembira selepas tamat  majlis Perbarisan Pembubaran MALBATT 850-3. FOTO Hazreen Mohamad
PEGAWAI dan anggota bersorak gembira selepas tamat majlis Perbarisan Pembubaran MALBATT 850-3. FOTO Hazreen Mohamad
FADZIL menyampaikan pingat kepada ketua  pasukan Malbatt 850-3, Kolonel Reizal Arif Ismail. FOTO Hazreen Mohamad
FADZIL menyampaikan pingat kepada ketua pasukan Malbatt 850-3, Kolonel Reizal Arif Ismail. FOTO Hazreen Mohamad
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Seramai 850 pegawai dan anggota Malaysian Battalion (MALBATT) Siri 850-3 menerima pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, hari ini.

Ia membabitkan 76 pegawai dan 774 anggota pelbagai pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk 27 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar berkata, pasukan terbabit mengharumkan negara menerusi pelaksanaan tugas yang cemerlang.

"Pasukan ini membantu penduduk di Lubnan melalui misi pengaman antaranya mengawal keamanan selain aktiviti kemasyarakatan yang lain.

"Kita berharap semua pegawai dan anggota memanfaatkan ilmu serta pengalaman ketika bertugas selama setahun di Lubnan untuk memajukan diri sendiri serta pasukan," katanya pada majlis perbarisan pembubaran dan penganugerahan pingat PNBB di sini, pagi tadi.

FOTO Hazreen Mohamad

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 11:50 AM