RINGKAS namun solekan ini tetap menyerlahkan gaya anggun wanita.
RINGKAS namun solekan ini tetap menyerlahkan gaya anggun wanita.
1. PRODUK yang diperlukan.
1. PRODUK yang diperlukan.
2. CUCI wajah hingga bersih sebelum mengenakan solekan.
2. CUCI wajah hingga bersih sebelum mengenakan solekan.
3. LANGKAH pertama adalah guna bedak asas yang bersesuaian dengan rona kulit dan rapikan dengan bedak jenis serbuk.
3. LANGKAH pertama adalah guna bedak asas yang bersesuaian dengan rona kulit dan rapikan dengan bedak jenis serbuk.
4. SAPU pemerah pipi.
4. SAPU pemerah pipi.
5.  UNTUK mata yang lebih memukau, jangan ketinggalan memakai maskara.
5. UNTUK mata yang lebih memukau, jangan ketinggalan memakai maskara.
6.  OLESKAN gincu bibir rona terang jika menghadiri majlis di malam hari.
6. OLESKAN gincu bibir rona terang jika menghadiri majlis di malam hari.
7. SOLEKAN menarik tanpa perlu menghabiskan masa yang lama.
7. SOLEKAN menarik tanpa perlu menghabiskan masa yang lama.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Solekan dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ia bergerak selari dan tidak disangkal lagi untuk saling melengkapi.

Tidak kira usia, solekan menjadi keperluan untuk menyerlahkan penampilan.

Bagi yang gemar bermain dengan warna, koleksi mekap jenama popular Collection mampu memenuhi cita rasa berkenaan.

Minggu ini, Harian Metro menampilkan langkah demi langkah solekan bertemakan 'Glamour Glitz' yang dikongsikan jurusolek bebas, Alicia Chan.

Alicia berkata, berbanding solekan biasa, kali ini dia hanya menggunakan lima produk iaitu bedak asas, pemerah pipi, penggaris mata jenis gel dan gincu bibir.

Solekan ringkas itu sesuai bagi gadis atau wanita muda untuk menghadiri majlis glamor tidak kira pada siang atau malam hari.

"Jika memiliki kulit yang cerah, pastikan memilih tona bedak asas yang senada atau neutral. Untuk bibir pula, jika menghadiri majlis di malam hari, oleskan gincu bibir rona yang lebih terang. Begitupun, pastikan solekan yang dikenakan sesuai dengan busana yang ingin digayakan," katanya.

Bagi yang berminat untuk mencuba solekan ini, berikut adalah langkah demi langkah yang boleh diikuti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 5:07 AM