ANTARA pegawai dan anggota kumpulan terakhir MALBATT 850-3 yang selamat tiba. FOTO Siraj Mohd Zaini
ANTARA pegawai dan anggota kumpulan terakhir MALBATT 850-3 yang selamat tiba. FOTO Siraj Mohd Zaini
Siraj Mohd Zaini


Subang: Seramai 24 pegawai dan 186 anggota Kumpulan ke-4 Malaysian Battalion 850-3 (MALBATT 850-3) di Lubnan selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, 7.20 malam tadi.

Majlis sambutan kepulangan kumpulan terakhir kontinjen MALBATT 850-3 itu disempurnakan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad serta pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ABDB.

Kumpulan terbabit termasuk seorang pegawai dan lima anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai Komander MALBATT 850-3 Kolonel Reizal Arif Ismail.

Kontinjen MALBATT 850-3 yang mempunyai 850 orang anggota telah memulakan misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) pada 15 September 2015 dan tamat sepenuhnya pada 16 September lalu selepas berkhidmat selama setahun.

Kumpulan pertama, kedua dan ketiga MALBATT 850-3 selamat pulang ke tanah air pada 7, 15 dan 21 September lalu.

Perbarisan pembubaran kontinjen berkenaan dijangka akan diadakan pada 1 Oktober ini di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 9:58 PM