DARI kiri Lawrence , Bunga dan Ashraf.
DARI kiri Lawrence , Bunga dan Ashraf.
Faizatul Farlin Farush Khan


Mengambil peluang perubahan gaya hidup pengguna yang inginkan produk yang lebih menitikberatkan penjagaan kesihatan dan nutrisi, syarikat pengeluar snek, Mondelez International, kini menghasilkan biskut sarapan pertama di Malaysia.

Dengan slogan Pagi Penuh Semangat, biskut BelVita Breakfast direka untuk membantu sajian sarapan lebih bermakna dengan ciri produk yang kaya dengan nutrisi, enak dan mudah.

Pelancaran biskut itu di Malaysia diumumkan susulan kejayaannya di lebih 50 pasaran di seluruh dunia. BelVita Breakfast menjadi satu kejayaan inovasi bagi syarikat itu sejak dilancarkan di pasaran lebih 15 tahun lalu. Berasal dari Perancis, biskut itu pesat berkembang ke seluruh Eropah, Brazil, Amerika Utara dan Australia.

Pengarah Bersekutu Pemasaran Biskut bagi Asia Tenggara Mondelez International Rick Lawrence berkata, berdasarkan tinjauan pengguna yang dilaksanakan pihaknya, dia yakin rakyat di negara ini akan turut menggemari biskut itu.

Syarikat itu berusaha untuk menjadikan kategori produk itu relevan dengan pelanggan yang sentiasa peka mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.

“Melihat perubahan gaya terkini yang memilih alternatif sarapan mudah dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, kami yakin biskut ini dapat memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Kajian Nutrisi Orang Dewasa Malaysia (MANS) melaporkan semakin kurang individu menikmati sarapan mereka di rumah dan semakin ramai memilih makan di luar terutama di pejabat, berbanding 10 tahun lalu.

Terdapat dalam dua perisa, susu dan bijirin serta madu dan coklat, biskut BelVita Breakfast kaya dengan rasa dan kebaikan nutrisi.

Turut hadir pada majlis pelancaran BelVita Breakfast pasangan selebriti terkenal, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari mewakili golongan yang sentiasa sibuk dalam kehidupan harian khususnya pada sebelah pagi.

Menurut Bunga, sebagai penyanyi, pelakon dan usahawan selain tanggungjawabnya sebagai isteri serta ibu, setiap hari dia bangun awal pagi.

“Selain perlu melayani anak dan menyediakan keperluan harian diri, saya juga perlu memastikan kerja rumah diambil perhatian. Saya memerlukan tenaga untuk mengharungi kesibukan pagi. Biskut ini membekalkan tenaga yang penting bagi memulakan pagi saya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2016 @ 5:21 AM