AHLI UNGGAS bersedia mengedarkan makanan.
AHLI UNGGAS bersedia mengedarkan makanan.
MOHD Khariri (dua dari kanan) bersama ahli UNGGAS.
MOHD Khariri (dua dari kanan) bersama ahli UNGGAS.
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Pemberian makanan kepada golongan gelandangan. Mungkin bagi segelintir orang, ia satu kerja kebajikan yang ‘jijik’ dan ‘kotor’, tambahan pula tiada bayaran untuk kerja bakti berkenaan.

Namun, tidak bagi seorang bekas mak nyah, Mohd Khariri Mohamad Ramli, 38, bersama sekumpulan murid sebuah sekolah di ibu kota yang menjadikan kerja kebajikan itu sebagai rutin mingguan mereka.

Biarpun terpaksa bangun seawal jam 3 pagi semata-mata untuk mempersiapkan pelbagai barangan sebelum diedarkan kepada golongan gelandangan, ia bukan lagi masalah buat Mohd Khariri dan sekumpulan pelajarnya.

Mohd Khariri atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Erin menzahirkan bahawa kerja kebajikan itu semua dilaksanakan atas dasar kemanusiaan dan memberi pendedahan kepada anak-anak muda berhubung kepentingan masa depan.

Beliau bersama pelajarnya sanggup menjadi sukarelawan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Menangani Masalah Sosial Malaysia (UNGGAS) dan agihan makanan itu akan dilaksanakan di Masjid Jamek selepas Subuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 6:51 AM