KUALA LUMPUR 22 May 2012. Bangunan Parlimen. NSTP/Salhani Ibrahim
KUALA LUMPUR 22 May 2012. Bangunan Parlimen. NSTP/Salhani Ibrahim
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Parlimen memperkenalkan Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) bagi membolehkan menteri menjawab soalan berkaitan isu semasa yang dikemukakan Ahli Parlimen mulai persidangan 17 Oktober ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, sesi baru itu akan diperuntukkan 30 minit mulai 10 pagi setiap Selasa dan Khamis.

"Ia berbeza kerana soalan boleh dikemukakan sehari sebelum persidangan berbanding soalan lisan yang mesti dikemukakan 10 hari sebelum menteri menjawab.

"Selain itu soalan itu mesti dijawab secara lisan oleh menteri terbabit jika tidak, apa guna kita perkenalkan transformasi ini," katanya pada sidang media selepas Taklimat dan Simulasi MQT di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

MQT adalah cetusan idea beliau untuk mentransformasikan Parlimen.

Pandikar berkata, sehubungan itu Peraturan Mesyuarat batu diwujudkan iaitu Peraturan Mesyuarat 14 (1)(fa) bagi memasukkan MQT.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 2:03 PM