KEMPEN Dutch Lady Kalau Mak Menang tawarkan hadiah wang sehingga RM3.6 juta.
KEMPEN Dutch Lady Kalau Mak Menang tawarkan hadiah wang sehingga RM3.6 juta.
Oleh Nor Faizah Mohamed

Cuba tanya pada si kecil, apa yang ingin dilakukan jika ibunya memenangi wang tunai bernilai ribuan ringgit?

Pasti pelbagai jawapan lucu meluncur keluar dari mulut mungil si comel itu. Ada yang mengatakan ingin ibunya membeli pakaian baru, barangan kemas, kereta baru, rumah baru malah adik baru!

Seperti apa yang dilihat dalam kempen susu untuk membesar Dutch Lady Kalau Mak Menang yang dilancarkan September lalu, pelbagai kerenah menarik dipaparkan si manja.

Kini, kempen ini berada dalam fasa ketiga, ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM3.6 juta untuk sesiapa yang berjaya memperolehi mana-mana pek susu untuk membesar Dutch Lady yang mempunyai logo istimewa berbentuk 'hati' di dalam pek. Dengan setiap pek istimewa itu, pengguna layak menerima hadiah wang tunai bernilai RM300 setiap satu.

Salah seorang pemenangnya, Sharmiela Jamaluddin, nyata gembira dan terkejut apabila menerima RM300 dengan mekanisme kempen yang amat mudah.

"Saya membeli-belah seperti biasa setiap minggu dan terbaca mengenai kempen ini. Saya tidak sangka bernasib baik kerana hanya membeli dua pek susu Dutch Lady itu untuk anak lelaki yang sukakannya.

"Apabila saya membuka pek pertama, tiada apa-apa di dalamnya tetapi pek kedua mengandungi logo berbentuk hati itu. RM300 itu kemudiannya membolehkan saya terus menambah pembelian barangan keperluan untuk keluarga," katanya.

Seorang lagi pemenang, Nalainee Cheng pula bercadang menggunakan RM300 yang diperolehnya dengan membawa keluarga ke Kidzania.

Memetik kata-kata Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), Wong Vai Chi, kempen ini sebagai salah satu tanda penghargaan kepada golongan ibu yang menjadikan produk susunya sebagai pilihan terbaik untuk anak mereka.

"Sokongan dan keyakinan pengguna terhadap produk ini yang banyak mendorong kami untuk terus menyediakan khasiat terbaik bagi membantu kanak-kanak Malaysia membesar dengan sihat.

"Selain menghasilkan produk yang dipercayai, kami ingin menunjukkan tanda penghargaan kepada pelanggan setia Dutch Lady dengan mengadakan kempen menyeronokkan ini.

"Jadi, jom lihat di dalam pek susu untuk membesar Dutch Lady 1kg yang anda beli hari ini. Anda mungkin berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM300," katanya.

Wong menambah bahawa syarikatnya komited dalam menyediakan khasiat terbaik untuk kanak-kanak Malaysia menerusi pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan khasiat sebenar dan status kesihatan mereka.

"Pada 2009, FrieslandCampina, iaitu syarikat induk Dutch Lady Malaysia, memulakan Kajian Nutrisi Asia Tenggara atau SEANUTS di empat negara termasuk Malaysia.

"Menerusi hasil kajian ini, Dutch Lady Malaysia terus komited dalam memberikan khasiat nutrisi yang lebih baik kepada kanak-kanak," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan penebusan hadiahnya, layari www.smartmoments.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 5:05 AM