BEN Jern Loh.
BEN Jern Loh.
Michelle Gun

Istimewa sempena sambutan Hari Malaysia, seramai 1,000 pelanggan awal pakej Tonton VIP akan menerima baucar membeli-belah bernilai RM30 daripada CJ WOW Shop.

Baucar itu khas bagi ahli yang melanggan pakej berkenaan dari 16 hingga 30 September ini dan mereka akan menerima notifikasi menerusi e-mel pada minggu pertama Oktober depan.

Ahli bertuah ini boleh menggunakan baucar itu untuk membeli produk yang ditawarkan dalam CJ WOW Shop antaranya fesyen, kecantikan dan digital.

Pengurus Besar Tonton Ben Jern Loh berkata, ahli VIP portal video itu berpeluang menikmati pelbagai kelebihan serta diskaun istimewa.

“Tonton akan terus berusaha memberi layanan taraf VIP kepada pelanggan. Selain baucar, pelanggan turut berpeluang mendapat pas eksklusif ke konsert dan acara berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin.

“Diskaun istimewa juga diberikan kepada pelanggan yang mengunjungi Karnival Jom Heboh,” katanya.

Menurutnya, ahli VIP diberikan akses penuh arkib Tonton yang menawarkan pelbagai drama, filem dan program hiburan tempatan menarik.

“Bukan itu saja, mereka boleh menyaksikan episod drama terbaru di Tonton beberapa bulan lebih awal daripada siaran televisyen.

“Malah, ahli VIP juga boleh memuat turun program kegemaran dalam telefon pintar menerusi aplikasi Tonton untuk peranti iOS dan Android yang boleh ditonton tanpa perlu melayari Internet,” katanya.

Dalam pada itu, Tonton menyiarkan pelbagai program eksklusif sempena Hari Malaysia antaranya It’s A Date yang memaparkan perjalanan kehidupan anak seni tanah air Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci.

Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff menyaksikan pengacaranya, Sharifah Amani melakukan perkara di luar jangkauan fikiran.

Selain itu, keunikan Malaysia turut dipaparkan menerusi program Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle.

Maklumat lanjut mengenai Tonton VIP dan CJ WOW Shop boleh diperoleh dengan melayari laman web tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 1:02 PM