POLIS menunjukkan tujuh warga Malaysia disyaki menyeludup dadah.
POLIS menunjukkan tujuh warga Malaysia disyaki menyeludup dadah.

Batam: Tujuh warga Malaysia ditangkap polis Barelang, kerana menyeludup syabu Indonesia.

Ketua Polis Barelang, Asep Saprudin berkata, suspek tiba di Batam dari Pelabuhan Stulang Laut Johor.

“Empat daripada mereka masuk melalui pelabuhan haram,” katanya.

Daripada suspek, kata Asep, polis menemui 723 gram serbuk kristal, alat timbangan, pasport Malaysia dan 12 unit telefon genggam pelbagai jenis.

Katanya, seorang daripada mereka mengaku hanya sebagai pembawa barang dengan upah RM1,000 setiap kali penghantaran dibuat.

“Polis juga menangkap empat warga Indonesia yang bekerjasama dengan suspek terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 1:05 PM