FARA (dua kiri) sebagai moderator di acara Bengkel Sekolah Radio anjuran stesen radio iM4U. FOTO Syamil Firdaus
FARA (dua kiri) sebagai moderator di acara Bengkel Sekolah Radio anjuran stesen radio iM4U. FOTO Syamil Firdaus
Sudirman Mohd Tahir


Puchong : "Walau apa pun masalah dan cabaran hidup, kerja tetap diteruskan."

Itu kata-kata ringkas pengacara Fara Fauzana ketika muncul pada acara Bengkel Sekolah Radio anjuran stesen radio iM4U yang berlangsung di sini, hari ini.

Kenyataan Fara itu menjawab pertanyaan pengacara majlis Faizal Ismail atau FBI bagaimana dia berani muncul pada acara in.

Kehadiran Fara menarik perhatian media untuk mendapatkan penjelasan sebenar punca pembatalan majlis perkahwinannya yang dijadual berlangsung pada 17 September ini.

Apatah lagi selepas lima hari Fara mengumumkan perkara itu, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan meminta meminta diberi ruang dan masa untuk menenangkan fikiran.

Tindakan Fara yang juga bekas penyampai radio Hot FM itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung perkara itu apabila dalam kenyataannya menyebut ia terlalu bersifat peribadi.

Situasi bertambah hangat apabila timbul dakwaan mengatakan bakal suami Fara yang dikenali sebagai Mohamed Hafiz Baidiuzzaman, 30, itu sudah berkahwin.

Namun, Hafiz menafikan perkara itu, semalam sebaliknya membiarkan perkara itu dijawab oleh Fara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 12:45 PM