Darling turut sedih dengan apa yang berlaku terhadap Fara. FOTO NSTP
Darling turut sedih dengan apa yang berlaku terhadap Fara. FOTO NSTP
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Sahabat karib kepada pengacara Fara Fauzana iaitu Darling Ngasri turut bersedih di atas nasib yang menimpa rakannya itu.

Darling berkata, dia terkejut ketika mendengar berita Fara membatalkan perkahwinannya dan menyifatkan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

"Sebagai sahabat sudah tentu saya terkejut dan sangat sedih dengan perkhabaran itu. Apa pun saya sentiasa berharap yang terbaik buat Fara.

"Saya percaya ini adalah ujian dan dugaan untuknya. Malah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku," katanya.

Sambung Darling, sebaik mengetahui perkara itu menerusi laporan media dia terus menghubungi Fara.

"Saya ada menghubungi dan memberikannya kata-kata semangat. Saya menyatakan hasrat untuk berjumpanya namun dia memaklumkan belum bersedia.

"Buat masa sekarang dia mahu diberi ruang dan waktu. Saya pun tidak mahu memaksanya kerana sangat memahami situasi yang dilalui Fara ketika ini," katanya.

Ditanya sejauh mana dia mengenali lelaki yang bakal mengahwini Fara dijadulkan pada 17 September ini, Darling berkata dia tidak mengenali secara dekat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 10:52 PM