NAZRI (tiga kanan) bersama nelayan menunjukkan gambar aktiviti kapal korek yang semakin berleluasa di Selat Pulau Pinang sejak lebih setahun lalu. FOTO Zulaikha Zainuzman
NAZRI (tiga kanan) bersama nelayan menunjukkan gambar aktiviti kapal korek yang semakin berleluasa di Selat Pulau Pinang sejak lebih setahun lalu. FOTO Zulaikha Zainuzman
Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Persatuan Nelayan Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas masalah aktiviti kapal korek yang semakin berleluasa di Selat Pulau Pinang sejak lebih setahun lalu.

Aktiviti pengorekan pasir yang tidak terkawal itu menyebabkan sumber pendapatan nelayan dan pembenihan ikan terjejas teruk sehingga mengakibatkan kerugian besar.

Pengerusi Persatuan Nelayan negeri, Nazri Ahmad berkata, sebelum ini beberapa aduan sudah dibuat kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut, Jabatan Perikanan Negeri, Polis Marin sertaJabatan Alam Sekitar, namun tiada tindakan diambil.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat laporan polis berhubung aktiviti berkenaan, namun kecewa kerana aktiviti berkenaan terus berleluasa tanpa kawalan.

Katanya, pihaknya yang mewakili 10,000 ahli persatuan nelayan di seluruh negeri berharap agar masalah yang berlarutan itu dapat diselesaikan dengan kadar segera.

"Nelayan kehilangan sumber pendapatan malah ekosistem pembenihan ikan dan ketam terjejas teruk jika ia tidak ditangani segera," katanya ketika sidang media di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 7:26 PM