Anggota polis memeriksa mayat bayi yang ditemui berhampiran pondok pengawal terbiar di Taman Bestari, 3 petang hari ini.
Anggota polis memeriksa mayat bayi yang ditemui berhampiran pondok pengawal terbiar di Taman Bestari, 3 petang hari ini.
Mary Victoria Dass


Ulu Tiram: Mayat bayi lelaki baru dilahirkan ditemui berhampiran pondok pengawal terbiar di Taman Bestari, di sini, 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superitendan Jokhiri Abd Aziz berkata, orang awam yang menemui bayi berkenaan menghubungi polis.

Katanya, tubuh bayi berkenaan didapati dibaluti kain batik sarung.

"Kami percaya bayi berkenaan baru dilahirkan kerana masih bertali pusat.

"Tubuhnya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kesan luka mahu pun kecacatan fizikal. Bayi berkenaan dialas bantal, dipakaikan baju, lampin pakai buang, topi serta dibaluti batik sarung," katanya.

Menurutnya, bayi berkenaan berkulit cerah namun tidak ketahui keturunan.

"Mayat dibedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI). Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi talian 07-3864222.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 9:17 PM