FOTO ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
FOTO ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam tali air di Batu 6, Jalan Datuk Kumbar, di sini, pagi ini.

Muhammad Alif Najmi Morad, 16, memandu Honda Civic apabila dikatakan hilang kawalan dalam kejadian 8.50 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman, berkata pihaknya menerima panggilan 9.01 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati kereta berada dalam tali air.

“Mangsa dibawa keluar pada 9.45 pagi. Kemudian diserahkan kepada pihak polis.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 12:34 PM