MANGSA menerima bantuan selepas cedera diseret lori. Foto ihsan Polis
MANGSA menerima bantuan selepas cedera diseret lori. Foto ihsan Polis
Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Penunggang motosikal putus kaki dan perut terbelah selepas diseret lori sejauh 22 meter dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Hilir Sungai Kluang, di sini, semalam.

Dalam kemalangan 6 petang itu, mangsa Kang Gaik Nai, 47, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan masih lagi menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar berkata, ketika kejadian mangsa berhenti di lampu isyarat berkenaan dan berada sebelah kiri lori.

"Sejurus lampu bertukar hijau, pemandu lori membelok ke kiri dan tidak nampak mangsa di sebelahnya.

"Mangsa kemudian diseret lori dan kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 1:10 AM