Bangunan asrama SK Long Busang yang terbakar semalam. FOTO ihsan IPD Belaga
Bangunan asrama SK Long Busang yang terbakar semalam. FOTO ihsan IPD Belaga
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Belaga: Sebuah blok asrama lelaki dan dua bilik penjaga asrama di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Busang di sini, terbakar semalam.

Kejadian pada 2 petang itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintendan Melay Tingom berkata, asrama lelaki yang siap dibina tahun lalu itu menempatkan 30 murid.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni sempat keluar menyelamatkan diri.

"Perjalanan dari Pekan Belaga ke Bakun melalui jalan darat mengambil masa satu jam 30 minit dan menaiki bot ke Long Busang selama lapan hingga sembilan jam.

"Hanya dokumen penting murid dan barang mereka musnah," katanya.

Katanya, polis menyerahkan kepada bomba untuk membuat siasatan lanjut mengenai punca kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 11:40 AM