Ahmad Shahabuddin (dua dari kiri) menyerahkan bendera kepada Ketua Kontinjen, Mohd Ashmar Mohd Mazlan sempena Pertandingan Kawad Kaki yang akan disertai 42 anggota bomba Kedah di Akademi Wakaf Tapai, Wilayah Timur Terengganu, Jumaat ini sambil disaksikan Mohd Mazukhi (kiri). FOTO Rahmat Othman

Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seramai 42 anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) yang diadakan di Akademi Wakaf Tapai, Terengganu, Jumaat ini.

Pegawai Bahagian Latihan JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Mazukhi Shaffie berkata, pertandingan itu akan bermula selama enam hari untuk menguji kecekapan anggotanya dalam sembilan kategori yang dipertandingkan.

Katanya, antara acara terbabit termasuklah kawad kaki, Pertandingan kawad operasi menyelamat di air, Pertandingan Kawad Operasi Hantaran Jauh Berhalangan, Pertandingan Kawad Operasi Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya dan banyak lagi.

"Semua anggota sudah menunjukkan kesungguhan dalam menjalani latihan selama tiga minggu di lokasi yang terpilih di kawasan ini untuk menunjukkan kecekapan mereka mengendalikan peralatan serta kemahiran yang biasa digunakan dalam aktiviti bomba.

"Kita berharap kemenangan berpihak pada anggota JBPM Kedah dalam pertandingan PKK tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen oleh Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Ahmad Shahabuddin di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 4:37 PM