WALL berdiri di kawasan rumput di luar rumahnya. - MailOnline
WALL berdiri di kawasan rumput di luar rumahnya. - MailOnline
Agensi

London: Seorang lelaki mungkin didakwa atas tuduhan melakukan kerosakan jenayah selepas dia memotong rumput di luar kawasan rumahnya.

Robert Wall, 71, memberitahu, selama empat tahun dia memotong rumput di kawasan milik majlis daerah di luar kawasan rumahnya di Rainham, London.

Bagaimanapun, dia diberi amaran keras oleh majlis perbandaran untuk menghentikan tindakan itu atau bakal didakwa di mahkamah.

“Sangat melampau untuk mendakwa seseorang di mahkamah kerana mencantikkan pemandangan di kawasan tempat tinggalnya sendiri.

“Mungkin satu hari nanti penduduk tidak mahu mengutip sampah di luar rumah mereka kerana bimbang didakwa di mahkamah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 7:21 AM