WONG (kiri) membuat bidikan 574 mata dalam acara 10m air pistol lelaki. NSTP/ROSLI RAHMAT
WONG (kiri) membuat bidikan 574 mata dalam acara 10m air pistol lelaki. NSTP/ROSLI RAHMAT
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro (Brazil): Penembak negara, Johnathan Wong sekadar menghuni tangga ke-28 pada pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol di Pusat Menembak Olimpik, awal pagi tadi.

Johnathan, yang bertanding kali pertama pada temasya Sukan Olimpik, mengumpul 574 mata, kurang 11 mata berbanding rekod kebangsaan miliknya.

Dia merakam 94, 96, 96, 98, 93 dan 97 untuk berakhir di tangga ke-28 daripada 46 penembak.

Hanya lapan penembak terbaik layak ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 2:24 AM