AFP

Los Angeles: Manny Pacquiao (gambar) akan kembali bertinju tahun ini dan bakal menentang juara kategori welterweight Organisasi Tinju Dunia (WBO) Jessie Vargas, kata pengurus bintang tinju Filipina itu, kelmarin.

“Manny belum lagi mahu bersara,” kata Michael Koncz kepada Los Angeles Times. “Latihan dan bertinju sudah sebati dengan dirinya.”

Di Manila, Pacquiao yang baru dilantik senator berkata, butiran lanjut mengenai perlawanan itu akan hanya didedahkan selepas dia bertemu penganjur perlawanan dari Amerika Syarikat Bob Arum, Selasa nanti.

“Belum ada kata putus,” katanya kepada AFP menerusi jurucakapnya.

Selepas Pacquiao mengalahkan Timothy Bradley pada 9 April lalu, beliau mengumumkan persaraannya untuk menumpukan perhatian kepada karier politik. Beliau dilantik Senator Filipina, pada Mei lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 8:14 AM