SEORANG daripada tiga mangsa lemas di Hutan Lipur Lata Changkah. FOTO ihsan pembaca
SEORANG daripada tiga mangsa lemas di Hutan Lipur Lata Changkah. FOTO ihsan pembaca
Nurul Fatihah Sulaini


Setiu: Tiga daripada empat bersaudara lemas ketika mandi di Hutan Lipur Lata Changkah, Setiu, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Asiah Zakirah Abdul Rahman, 23, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua sepupunya Asma Shaari, 21, dan Fatin Athirah Ahmad Sabri, 20, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.

Seorang lagi mangsa, Maisarah Shaari, 19, berjaya diselamatkan oleh bapa saudara mereka selepas terdengar jeritan mereka.

Dipercayai kesemua mangsa dari Pulai Chondong, Kelantan ke kawasan hutan lipur itu untuk berkelah dan mandi bersama beberapa lagi ahli keluarga mereka.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar mengesahkan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 6:53 PM