DUA lelaki, Imam Wahyuddin Karjono, 21 (kiri), dan Jonius Ondie @Jahali, 24 (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan mengebom pusat hiburan Movida di Puchong, bulan lalu yang menyebabkan lapan cedera dalam kejadian letupan itu. FOTO Asyraf Hamzah

Sarah Zulkifli

Petaling Jaya : Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan atas tuduhan mengebom pusat hiburan Movida di Puchong, bulan lalu, yang menyebabkan lapan cedera dalam kejadian letupan itu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Imam Wahyuddin Karjono, 21, penganggur dan Jonius Ondie @Jahali, 24, pekerja kilang, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Asraf Zubir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membaling dan meletupkan bom tangan hingga menyebabkan kecederaan lapan orang di premis itu dan perbuatan mereka dilakukan dengan niat untuk melanjutkan satu perjuangan ideologi serta dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di negara ini.

Kesalahan itu dilakukan di Movida Boulevard, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, kira-kira 2 pagi, pada 28 Jun lalu.

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 130C (1)(b) Kanun Keseksaan yang boleh hukum di bawah peruntukan sama yang dibaca bersama 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 September ini sebagai sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 12:54 PM