FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Pengacara TV HLive, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Shafiq Ismet, 26, pagi ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Mohd Amin Omar iaitu bapa Dahlia di depan jurunikah, Mohd Azri Mohd Kamil, pada kira-kira 10 pagi.

Dahlia berkata, perkenalan dia dan suami berlaku tiga tahun lalu ketika menghadiri satu majlis.

"Kami mengikat pertunangan beberapa bulan lalu. Saya bersyukur apa yang kami rancang untuk majlis ini , semuanya berjalan lancar seperti diiinginkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2016 @ 2:43 PM