Mohd Zamri menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas. FOTO Mohammad Ishak
Mohd Zamri menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas. FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak


Besut: Dua lelaki ditahan bersama pelbagai dadah bernilai RM21,285 dalam serbuan di kedai menjual ayam di Kampung Chawat, Kuala Besut, tengah hari kelmarin.

Lelaki berusia 24 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, 1.15 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pemeriksaan pihaknya menemui pelbagai jenis dadah dalam premis dan kenderaan milik seorang daripada suspek itu.

Menurutnya, sebanyak 1,281 biji pil yaba, syabu hijau, syabu putih dan pil Erimin 5 dirampas dalam serbuan itu.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka itu perolehi bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki di Sungai Golok, Selatan Thailand.

"Kedua-dua suspek kini direman selama seminggu bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika sidang media di IPD Besut, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 6:15 PM