SUASANA di Masjidilharam, Makkah, malam kelmarin.
SUASANA di Masjidilharam, Makkah, malam kelmarin.
Agensi

Makkah: Hampir tiga juta jemaah umrah luar negara dan penduduk tempatan kelmarin menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjidilharam di sini dan Masjid Nabawi di Madinah dalam suasana tenang dan tenteram.

Jemaah dari seluruh dunia itu, termasuk dari pelbagai ceruk Arab Saudi berhimpun di kedua-dua masjid paling suci umat Islam berkenaan untuk beribadah dengan harapan malam kelmarin, 27 Ramadan, ialah malam Lailatulqadar.

Pihak berkuasa Saudi menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kepada jemaah bagi memastikan mereka menjalani ibadah sepanjang Ramadan, khususnya 10 malam terakhir, dengan selesa.

Daripada jumlah itu semalam, dua juta orang menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjidilharam sementara 750,000 lagi melaksanakan ibadah itu di Masjid Nabawi di Madinah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 5:43 AM