PENGARAH Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Badlisham Ghazali. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
PENGARAH Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Badlisham Ghazali. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperketatkan kawalan keselamatan di lapangan terbang kendaliannya termasuk di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen (ISG), Istanbul berikutan serangan pengebom berani mati di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki awal pagi tadi.

Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata, pihaknya sedang mengkaji semula beberapa aspek keselamatan baharu untuk memperkasakan lagi keselamatan di setiap lapangan terbang di bawah naungannya.

"Sehingga kini, kejadian itu tidak menjejaskan jadual penerbangan dan operasi penerbangan masih diteruskan, malah tiada pembatalan penerbangan ke Istanbul.

"Bagaimanapun, saya difahamkan penerbangan ke Istanbul akan dialihkan ke lapangan terbang yang lain di Turki, dan kita akan berbuat demikian jika menerima arahan daripada pihak berkuasa di sana," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang tahun ke-18 KLIA di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 2:58 PM