DARI kiri Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Ahmad Izham Omar, Presiden Eksekutif Kumpulan KRU Datuk Norman Abdul Halim, Burhanuddin, Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman dan Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), Hasnul Hadi Samsudin di sidang media Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!.

ANTARA babak menarik dalam Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

REMY Ishak, Awie dan Sara Ali antara bintang utama filem ini.
REMY Ishak, Awie dan Sara Ali antara bintang utama filem ini.
Nor Akmar Samudin

Bermula di kaca televisyen, kini siri animasi Upin & Ipin dapat disaksikan di layar perak apabila ia adaptasikan ke filem sempena ulang tahun ke-10 siri animasi itu dan syarikat penerbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd.

Filem animasi yang diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque dan KRU Studios itu bakal ditayangkan di seluruh negara dan Indonesia pada November depan.

Apa yang amat menarik filem berjudul Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! adalah karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.

Proses penggambaran filem itu dilakukan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur manakala proses pembikinan animasi pula dihasilkan oleh Les’ Copaque.

Filem itu diarahkan Erma Fatima yang bergandingan dengan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Ainon Ariff.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis; penyanyi rock tersohor Awie, Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak sebagai barisan pelakon.

“Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan apabila menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia.

“Peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat kali pertama watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia,”katanya.

Primeworks Distribution adalah pengedar rasmi filem ini selain mendapat sokongan penuh Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC) yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam landskap teknologi.

Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta itu mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 9:20 AM