Berapa lamakah tempoh untuk menukar air dan bahan tambahan penyejuk radiator? Benarkah bahan tambahan penyejuk itu boleh digunakan sehingga setahun?

ROHANI IDRIS

Kuala Lumpur

Sebaik-baiknya air dan bahan tambahan penyejuk hendaklah ditukar setiap tahun untuk mengelak karat pada bahagian aluminium dalam enjin dan radiator.

Penggunaan bahan tambahan pe­nyejuk digalakkan kerana ia boleh mening­katkan tahap didih cecair pe­nyejukan.

Selain itu, air yang bersentuhan dengan bahagian besi dan aluminium akan menghasilkan karat atau mendapan lain dan proses berkenaan bakal meningkat­kan suhu enjin ketika beroperasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:00 AM