Pengerusi UMW Group, Tan Sri Asmat Kamaludin (dua kanan) bersama Pegawai Pengurus Toyota Motor Corporation, Tatsuro Takami (dua dari kiri) selepas sidang akhbar. FOTO Surianie Mohd Hanif
Pengerusi UMW Group, Tan Sri Asmat Kamaludin (dua kanan) bersama Pegawai Pengurus Toyota Motor Corporation, Tatsuro Takami (dua dari kiri) selepas sidang akhbar. FOTO Surianie Mohd Hanif
Syarifah Dayana Syed Bakri


Kuala Lumpur: UMW Toyota Motor Sdn Bhd akan membangunkan kilang pengeluaran kereta penumpang baru di Bukit Raja, Klang dengan pelaburan RM2 bilion.

Presidennya, Datuk Ismet Suki berkata, pembinaan kilang bermula pada separuh kedua tahun ini disusuli operasinya menjelang 2019.

"Kilang itu juga akan mengeluarkan kenderaan cekap tenaga (EEV) selain menumpukan kepada model baru kenderaan Toyota," katanya pada sidang media mengumumkan pembangunan kilang itu di sini, hari ini.

Ismet berkata, pada awal operasinya, kilang pengeluaran kenderaan penumpang itu dijangka mengeluarkan 50,000 unit kenderaan setahun namun, berupaya untuk menghasilkan sehingga 100,000 kenderaan.

Kilang sedia ada yang terletak di Shah Alam masih dikekalkan dan akan dinaik taraf dengan peralatan lebih canggih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 5:56 PM