Kenderaan dinaiki pemimpin Taliban yang terbakar selepas diserang drone Amerika Syarikat di Baluchistan, Pakistan, Sabtu lalu. Pakistan menyatakan ia menemui dua mayat rentung dalam kereta itu dipercayai  Mullah Mohammed Akhtar Mansour (gambar kanan) dan pemandunya. - Foto Rueters

AP

Hanoi: Pemimpin Taliban, Mullah Mohammed Akhtar Mansour, disahkan terbunuh dalam serangan menggunakan drone Amerika Syarikat di Baluchistan, selatan Pakistan, Sabtu lalu.

Mohammed Akhtar dipercayai berusia 50-an, adalah pengganti pengasas Taliban, Mullah Mohammad Omar, yang mati pada 2013 namun kematiannya hanya diumumkan tahun lalu.

Presiden Amerika Barrack Obama membenarkan serangan itu dan ketika mengesahkan kematian Mohammed Akhtar, beliau berkata kematian pemimpin Taliban itu menghantar pesanan jelas kepada pelampau anti-Amerika bahawa ‘kami akan melindungi rakyat kami’.

“Kematiannya sudah disahkan. Kematiannya menjadi permulaan penting kepada usaha damai di Afghanistan.

“Dia sebagai pemimpin Taliban mensasarkan rakyat dan tentera Amerika di Afghanistan,” kata Obama ketika lawatannya yang pertama ke Vietnam hari ini.

Drone Amerika melancarkan serangan terhadap kenderaan dinaiki Mohammed Akhtar

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 7:13 PM