SEKUMPULAN anggota etnik Bakarwal berhenti untuk makan di lebuh raya Jammu-Srinagar.
SEKUMPULAN anggota etnik Bakarwal berhenti untuk makan di lebuh raya Jammu-Srinagar.
PEMINDAHAN berlaku apabila musim panas bermula pada April dan Mei.
PEMINDAHAN berlaku apabila musim panas bermula pada April dan Mei.
KERAJAAN Jammu dan Kashmir memperuntukkan 100 sekolah bergerak untuk kanak-kanak ini tetapi sehingga sekarang ia belum dapat dilaksanakan.
KERAJAAN Jammu dan Kashmir memperuntukkan 100 sekolah bergerak untuk kanak-kanak ini tetapi sehingga sekarang ia belum dapat dilaksanakan.
ETNIK Gujjar dan Bakarwal amat unik kerana menjalani seluruh kehidupan mereka antara kawasan tinggi dan rendah di barat Himalaya.
ETNIK Gujjar dan Bakarwal amat unik kerana menjalani seluruh kehidupan mereka antara kawasan tinggi dan rendah di barat Himalaya.
SEORANG kanak-kanak Bakarwal mengikuti keluarganya berpindah.
SEORANG kanak-kanak Bakarwal mengikuti keluarganya berpindah.
SEORANG wanita Bakarwal menarik keldai yang dinaiki dua anaknya untuk ke tanah tinggi.
SEORANG wanita Bakarwal menarik keldai yang dinaiki dua anaknya untuk ke tanah tinggi.
SEORANG lelaki Bakarwal mengawasi haiwan ternakannya di Sonmarg, kawasan di Kashmir yang ditadbir India.
SEORANG lelaki Bakarwal mengawasi haiwan ternakannya di Sonmarg, kawasan di Kashmir yang ditadbir India.
Agensi

Di wilayah Kashmir yang ditadbir India, dua kumpulan etnik - Gujjar dan Bakarwal - menghabiskan seluruh kehidupan mereka dengan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain di barat Himalaya.

Kehidupan kedua-dua etnik ini amat unik.

Mereka menternak biri-biri dan kambing di kawasan rendah dan tinggi wilayah berkenaan.

Pada musim panas, mereka akan berpindah ke kawasan tinggi lembah Kashmir sementara pada musim sejuk, mereka akan membawa haiwan ternakan masing-masing ke bawah lembah untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk melampau.

Habitat masyarakat ini ialah di kawasan berbukit di barat laut Himalaya.

Abdul Jabbar Khan, 50, - nomad daripada etnik Gujjar berkata: “Kehidupan kami ialah di persekitaran haiwan yang kami ternak. Kami akan membina khemah di kawasan yang selamat untuk ternakan kami.”

Gujjar dan Bakarwal mengaku berasal daripada keturunan sama iaitu suku kaum purba Gujjar di India.

Ada sejarawan yang berpendapat kedua-dua etnik itu berasal daripada masyarakat nomad di Asia Tengah.

Beberapa pakar pula berkata, mereka yakin etnik berkenaan memang penduduk asal India.

Pemindahan tahunan bermula di hemisfera selatan pada April dan Mei. Mereka akan berpindah dari kawasan panas di wilayah Jammu ke kawasan sejuk di wilayah pergunungan Kashmir.

Kedua-dua etnik ini akan berpindah semula ke Jammu pada Oktober sebelum musim sejuk melanda lembah itu.

Malangnya, kerana mengamalkan budaya itu, anak mereka tidak pernah bersekolah.

“Kami sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Memang anak kami tidak berpeluang untuk ke sekolah,” kata Mohammad Ramzan, 45, daripada etnik Bakarwal.

Kerajaan Jammu Kashmir pernah meluluskan 100 sekolah bergerak untuk membantu mendidik kanak-kanak etnik itu pada 2011 tetapi sehingga ini, ia belum dilaksanakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 10:05 AM