SHAMSIAH  berkata sesuatu dengan Alejandero  pada Perasmian Mesyuarat Serantau ASEAN di Menara UOA, Bangsar, semalam.
SHAMSIAH berkata sesuatu dengan Alejandero pada Perasmian Mesyuarat Serantau ASEAN di Menara UOA, Bangsar, semalam.

Kuala Lumpur: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) optimis untuk mencapai peningkatan 25 hingga 30 peratus bagi permohonan dan pendaftaran paten dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pengarahnya Shamsiah Kamaruddin berkata, pihaknya melihat pertumbuhan signifikan dicapai sejak lima tahun ini bagi paten domestik iaitu 7,150 permohonan mewakili kira-kira 17 peratus.

Katanya, berbanding 10 tahun lalu, MyIPO hanya menerima kira-kira 5.0 peratus saja permohonan bagi syarikat tempatan yang sudah menghasilkan teknologi sendiri.

“Kami yakin jumlah pendaftaran paten ini akan terus meningkat terutama disokong oleh pengenalan Pusat Sokongan Teknologi dan Inovasi (TISC) dan projek Patent Libraries (Perpustakaan Paten) dengan kerjasama pusat kajian dan universiti tempatan.

“Malah, kami mengalu-alukan lebih banyak universiti dan pusat kajian lain menyertai projek ini bagi membantu lebih banyak teknologi yang sudah dipaten untuk dikomersialkan,” katanya selepas pelancaran Mesyuarat TISC Kalangan ASEAN di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah MyIPO Mohd Shahar Osman dan Pengarah Kanan Bahagian Akses Maklumat MyIPO Alejandero Roca Campana.

Shamsiah berkata, sistem harta intelek masih baru di Malaysia dan kepentingan mendaftar dalam kalangan syarikat tempatan masih rendah.

Menurutnya, secara keseluruhan sejak 2009 sebanyak dengan 142,782 pendaftaran diterima dan 40 peratus disumbangkan oleh syarikat tempatan, manakala selebihnya adalah pendaftaran syarikat asing.

“Kami yakin jumlah pembabitan syarikat tempatan akan meningkat, malah bagi 2015 kerajaan juga akan menyediakan dana untuk memastikan teknologi yang mendapat paten tidak hanya dibiarkan begitu saja, tetapi boleh dikomersial dan dipasarkan,” katanya.

Pendaftaran harta intelek Malaysia terbahagi kepada lima komponen iaitu paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 5:03 AM