AHMAD Zahid menyampaikan cek RM2 juta kepada Presiden MASAC, Datuk Yunus Pathi. FOTO Yazit Razali
AHMAD Zahid menyampaikan cek RM2 juta kepada Presiden MASAC, Datuk Yunus Pathi. FOTO Yazit Razali
Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Kerajaan menyerahkan geran sebanyak RM2 juta kepada Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (Masac) bagi usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah pada majlis pelancarannya, di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau kecewa dengan peningkatan jumlah penagih dadah walaupun pada masa sama badan bukan kerajaan (NGO) terlalu banyak di negara ini.

Ahmad Zahid sehubungan itu mahu semua NGO terbabit bersatu bagi memudahkan usaha bersama untuk memerangi gejala penyalahgunaan dadah.

"Melalui Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (Masac) yang dilancarkan saya mahu kita semua bersatu," katanya dalam ucapan pelancaran Masac.

Masac adalah gabungan lebih 60 NGO yang dibentuk untuk mengukuhkan usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa.

Majlis berkenaan juga adalah untuk menyelaras inisiatif pembanterasan yang lebih teratur.

Masac didaftarkan pada 2014, dengan bantuan semua anggota sedia ada. Ia menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan seperti perkhidmatan rawatan serta pemulihan dadah secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 11:50 AM