FOR ONLINE: Skuad Badminton Negara berlepas Ke China untuk Kejohanan Piala Thmas dan Uber.
FOR ONLINE: Skuad Badminton Negara berlepas Ke China untuk Kejohanan Piala Thmas dan Uber.
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Skuad Piala Thomas dan Uber negara sudah bersedia untuk menghadapi saingan berpasukan itu di Kunshan, China yang akan membuka tirainya Ahad ini.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata, masanya sudah tiba untuk setiap pemain mempamerkan prestasi terbaik mereka selepas melalui kem latihan pusat selama 10 hari.

"Setiap pemain juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Ini bermakna, kita mempunyai skuad terbaik untuk saingan Piala Thomas dan Uber," katanya ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Barisan pemain negara berlepas Kunshan, China sebentar tadi dengan menaiki pesawat MH 388 ke Shanghai.

Skuad Piala Thomas negara yang muncul naib juara dua tahun lalu di New Delhi, India diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Korea Selatan, Jerman dan England.

Skuad Piala Uber pula dalam Kumpulan A bersama-sama China, Denmark dan Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 9:15 AM