(Dari kiri) Arja Lee, Siti Elizad, Nazim Othman, Sherry Ibrahim dan Soffi. FOTO arkib NSTP
(Dari kiri) Arja Lee, Siti Elizad, Nazim Othman, Sherry Ibrahim dan Soffi. FOTO arkib NSTP
Sudirman Mohd Tahir


Johor Bahru: Kesemua peserta separuh akhir program Gempak Superstar yang terdiri daripada Nazim Othman, Sherry Ibrahim, Siti Elizad, Arja Lee dan Soffi Jikan diumum layak ke peringkat akhir program itu.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan tidak ada penyingkiran pada peringkat separuh akhir yang diadakan di sini, malam tadi.

Terdahulu, Arja dan Soffi diundi pada kedudukan dua terbawah apabila mendapat peratusan terendah.

Pada minggu separuh akhir ini, kesemua perserta diberi tugasan lagu duet dengan penyanyi pilihan masing-masing

Arja menyanyikan lagu Seluruh Cinta duet bersama Farhan AF, Sherry berduet dengan penyanyi Indonesia, Randy Pangalila menerusi lagu Salahkah, Nazim dan Azhael dalam lagu Nakal, Soffi dan Jaclyn Victor menerusi lagu Permata Biru dan Elizad berduet dengan Ronnie Hussein untuk lagu Gerimis Mengundang.

Tiga juri profesional terdiri daripada Amy Mastura, Raja Azura dan Mamat Khalid.

Pentas akhir program ini akan berlangsung pada 15 Mei depan di Studio Pinewood, Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 12:08 AM