PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) dan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Salleh Said Keruak hadir sempena majlis pelancaran Komputer Tablet Beserts Perasmian Tutor dan E-Paper Utusan Melayu di Imperial Hotel, Kuching. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Yusmizal Dolah Aling

Kuching: Jumlah 81 peratus anak tempatan Sarawak yang mengajar di negeri itu akan ditingkatkan kepada 90 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ia adalah inisiatif kerajaan dalam memastikan guru yang berasal di Sarawak akan dapat bertugas di negeri kelahiran mereka sekaligus menyelesaikan masalah berjauhan dari keluarga.

Katanya menerusi cara itu, kualiti pendidikan dapat ditingkatkan kerana pendidik dapat berkhidmat di negeri asal masing-masing.

"Saya sudah tegaskan kalau kita nak majukan negeri macam Sarawak, ada dua dimensi yang penting iaitu prasarana fizikal dan rangkaian.

"Kedua adalah pembangunan modal insan kerana kalau satu tidak dibuat maka tempanglah pembangunan bagi negeri Sarawak ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tablet Berserta Perisian Tutor dan E Paper Utusan Malaysia kepada guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hadir sama Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 11:30 AM