Jali (dua dari kiri), Norhaizan (kanan) serta Nur Nadia (dua dari kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini, atas 35 tuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan menipu kontraktor membabitkan lebih RM2 juta, tiga tahun lalu. FOTO Ghazali Kori

Sarah Zulkifli

Petaling Jaya : Pengerusi Eksekutif Koperasi Hartanah Malaysia Berhad (Kohama) Datuk Jali Sekak dan isterinya serta rakan wanita berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 35 tuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan menipu kontraktor membabitkan lebih RM2 juta, tiga tahun lalu.

Jali, 50, isterinya, Norhaizan Yahya, 44 dan rakan mereka, Nur Nadia Yusof, yang juga pengarah syarikat membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara 28 Disember 2013 hingga 22 Ogos 2014 di beberapa lokasi, termasuk Shah Alam dan Subang Jaya dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 4(1)(a), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Mahkamah membenarkan Jali diikat jamin RM50,000 manakala Norhaizan dan Nur Nadia masing-masing RM100,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 27 Mei ini sebagai sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 6:58 PM