MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO  Adnan Ibrahim
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim


Kluang: Lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat Wisma Majlis Perbandaran Kluang (MPK) di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditemui 10.10 pagi selepas dikesan naik ke tempat letak kereta di tingkat lima bangunan itu menggunakan motosikal sebelum turun semula ke tingkat empat.

Katanya, lelaki itu dipercayai turun dari motosikal yang dituggangnya sebelum memanjat tembok dan terjun.

"Akibat daripada kecederaan dialami, lelaki itu disahkan mati di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Enche Besar Hajah Kalsom (HEBHKK) Kluang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 4:31 PM