Ben (tengah) akui dirinya terbuka untuk sertai mana mana kelab.
Ben (tengah) akui dirinya terbuka untuk sertai mana mana kelab.

London: Hatem Ben Arfa bersedia untuk membuat penampilan sensasi kembali semula beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menyertai skuad Liverpool dikendali oleh Jurgen Klopp.

Bos dari Jerman itu bersedia untuk memberi satu lagi peluang kepada pemain antarabangsa Perancis itu bermain dalam liga utama Inggeris selepas melalui musim kurang memberangsangkan bersama Newcastle dan Hull.

Bagaimanpun pemain sayap berusia 29 tahun itu mempamer aksi cemerlang di Perancis musim ini - menyumbat 16 gol dalam 29 perlawanan bersama kelab Nice beraksi dalam Ligue 1 — termasuk hatrik menentang Rennes Ahad lalu.

Ben Arfa dikenali pemain memiliki bakat semulajadi dan berpotensi besar — tetapi jarang dapat dipamerkannya.

Sewaktu dipinjam selama semusim di Hull, dia hanya membuat lapan penampilan dan gagal menemui jaringan menyaksikan Tigers disingkirkan daripada EPL.

Sebelum itu dia melakukan 76 penampilan liga bersama Toon, menjaringkan 13 gol. The Sun

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 7:17 PM