SEORANG peserta menuruni ‘Mother Willow’ menggunakan tali ketika menyertai program Bubble Camp 2016.
SEORANG peserta menuruni ‘Mother Willow’ menggunakan tali ketika menyertai program Bubble Camp 2016.

Keunikan dan keistimewaan Pulau Tioman yang terkenal dengan keindahan semula jadinya terutama spesies hidupan marin berwarna-warni dan batu karang di dasar laut tidak dapat dipertikaikan lagi.

Semua rahsia alam pulau kecil berbentuk ‘paha ayam’ itu sama ada di laut dan darat sudah diketahui umum.

Dengan pasir pantainya yang memutih dan halus, air laut berwarna hijau kebiruan, hidupan marin serta hutan paya bakau menjadi tarikan utama pelancong untuk bersantai dan menenangkan fikiran serta membebaskan diri daripada tekanan.

Keunikan dan keistimewaan Pulau Tioman yang terkenal dengan keindahan semula jadinya terutama spesies hidupan marin berwarna-warni dan batu karang di dasar laut tidak dapat dipertikaikan lagi

Semua rahsia alam pulau kecil berbentuk ‘paha ayam’ itu sama ada di laut dan darat sudah diketahui umum!

Dengan pasir pantainya yang memutih dan halus, air laut berwarna hijau kebiruan, hidupan marin serta hutan paya bakau menjadi tarikan utama pelancong untuk bersantai dan menenangkan fikiran serta membebaskan diri daripada tekanan.

Dengan lima kampung utamanya, Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Air Batang, Kampung Genting dan Kampung Juara (satu-satunya kampung yang menghadap laut lepas), pengunjung boleh memilih destinasi pilihan sepanjang bercuti di pulau itu.

Bercirikan panorama semula jadinya, banyak aktiviti berkumpulan boleh dilakukan di pulau itu terutama aktiviti air seperti snorkeling dan selam skuba selain pendakian ke Gunung Kajang atau merentas hutan ke Air Terjun Asah.

Memori di Pulau Tioman yang kekal terkenal antara 10 pulau tercantik dunia akan kekal di ingatan pengunjung kerana keunikan dan keindahannya. Situasi sama dirasai penulis yang sudah dua tahun tidak menjenguk pulau itu apabila menerima undangan Villagers Travel & Tours Sdn Bhd untuk menyertai program Bubble Camp 2016 pada 14 hingga 17 Mac lalu di Damai Tioman Resort, Kampung Genting.

Seramai 74 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tekek di Pulau Tioman, SK Bukit Sekilau, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Semambu, SMK Tengku Ampuan Afzan dan SMK (P) Methodist di Kuantan, Sekolah Menengah (SM) Agama Datuk Tan Aminuddin, Negeri Sembilan, SK Kota Damansara dan Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam, menyertai kem empat hari itu.

Program mendapat kerjasama Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Jabatan Taman Laut Pahang, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), 1Malaysian Green 1Malaysian Clean (1MG1MC), Pejabat Hutan Rompin dan Pejabat PERHILITAN Rompin.

Program yang disertai peserta berusia antara tujuh hingga 15 tahun itu dikendalikan Aznan Abas daripada Pusat Kokurikulum Terengganu dengan bantuan pelajar jurusan Sains Sukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak dan Azmi Ibrahim atau Black dari Kumpulan Wings dan Wings Junior Dive Team.

Melihatkan tentatif program yang begitu padat dengan aktiviti [mencari cinta alam semulajadi’ membuatkan penulis bimbang tidak dapat mengikuti semuanya kerana kurang membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Pengarah program Syed Rizalman Syed Abu Bakar berkata, buat pertama kalinya program itu menyediakan aktiviti ‘pendakian mini’ dengan memanjat pokok ara beringin dikenali sebagai ‘Mother Willow’ mencecah ketinggian 10 meter dengan kecerunan 90 darjah di Kampung Paya.

Menurutnya, ‘Mother Willow’ yang dianggarkan berusia 100 tahun itu tumbuh di atas bongkah batu besar menjadi tarikan utama dan laluan penting dalam misi menawan puncak Gunung Kajang.

“Peserta perlu berjalan kaki merentas hutan, mendaki bukit dan air terjun selama 30 minit dari pantai Kampung Paya untuk tiba di pokok besar yang dikenal pasti sebagai pokok asal di Asia Tenggara.

“Terdapat tangga dibina penduduk kampung menggunakan tali bagi memudahkan pokok dipanjat dan menuju ke puncak bongkah batu besar itu,” katanya.

Syed Rizalman berkata, akar pokok itu pula berjuntaian mencecah tanah dan pada akar itu juga mereka yang pernah sampai di situ akan menggantung ‘tag’ daripada riben atau tali sebagai tanda kenangan.

Walaupun penat dan hampir ‘pancit’ kerana jauh berjalan, peserta tetap bersemangat melihat pokok berkenaan dan masing-masing tidak sabar memanjatnya.

Selain pengembaraan di hutan, peserta juga didedahkan dengan aktiviti menanda 16 pokok pokok ara beringin, pokok putat dan pokok saga di Kampung Genting dan membersihkan laluan dari pantai ke ‘Mother Willow’.

Katanya, peserta turut mengikuti ceramah alam sekitar, taklimat penjagaan hidupan laut, pendedahan mengenai pentingnya ilmu ikhtiar hidup di hutan dan lautan serta kembara hutan waktu malam.

Menurutnya, program juga memberi pendedahan teknik dan asas snorkeling dan selam skuba serta langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti dalam air,” katanya.

Seramai lapan peserta mengikuti kursus asas selam skuba sebagai pemudah cara untuk mengambil lesen ‘open water dive’ selepas itu. - Ainal Marhaton Abd Ghani

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 5:37 AM