Peng Soon (kiri) dan Liu Ying akan menanti beregu China atau Singapura pada separuh akhir. FOTO NSTP/ OSMAN ADNAN
Peng Soon (kiri) dan Liu Ying akan menanti beregu China atau Singapura pada separuh akhir. FOTO NSTP/ OSMAN ADNAN
Oleh Ferzalfie Fauzi


Shah Alam: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus mengekalkan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia.

Peng Soon-Liu Ying berjaya menumpaskan pasangan Thailand, Puavaranukroh Dehcapol-Sapsiree Taerattanachai 21-18, 20-22, 21-17 di aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Malawati sebentar tadi.

Mereka akan berdepan sama ada pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei (China) atau Danny Bawa Chrisnanta-Vanessa Neo dari Singapura yang akan turun beraksi sebentar nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 8:36 PM