Paul Walker maut dalam kemalangan selepas kereta Porsche dipandu rakannya Roger terbabas dan melanggar pokok.
Paul Walker maut dalam kemalangan selepas kereta Porsche dipandu rakannya Roger terbabas dan melanggar pokok.

California: Kemalangan menyebabkan kematian aktor Paul Walker bukan disebabkan oleh Porsche, kata hakim mahkamah.

Balu kepada lelaki memandu Porsche terbabas dan menyebabkan kematian Walker tidak dapat membuktikan pembuat kereta itu bertanggungjawab terhadap kemalangan menurut hakim persekutuan.

Tidak terdapat cukup bukti Kristine Rodas mendakwa suaminya memandu Porsche Carrera GT mati kerana kereta kekurangan beberapa aspek keselamatan menurut Hakim Daerah Amerika Syarikat Philip S Gutierrez, semalam.

Hakim berkata: “Tiada sebarang bukti suspensi Porsche mengalami kegagalan sebelum terbabas seperti yang didakwa dalam tuntutan undang undang Rodas. Dia juga dipercayai mendakwa kereta sport itu tiada kerangka sangkar anti guling dan sel bahan bakar.

"Plaintif mengemukakan bukti tidak kompeten kematian Rodas berlaku disebabkan kesilapan dilakukan oleh defendan," tulis Gutierrez.

Paul Walker, bintang Fast and Furious terbunuh selepas Carrera GT dipandu rakannya Roger Rodas hilang kawalan sebelum merempuh pokok sebanyak tiga kali dan terbakar pada satu laluan di Santa Clarita pada November 2013.

Walker ketika itu sedang berehat daripada menjalani penggambaran siri ketujuh francais Fast & Furious.

Jurutera Porsche menilai tahap kemalangan dialami oleh model Porsche itu, turut membantu dalam siasatan. CBC News

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 6:22 PM