Kereta dipandu mangsa yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Kereta dipandu mangsa yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas kereta jenis Honda Civic dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 3.5 Jalan Kluang-Batu Pahat, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, mangsa, Mohamad Faiezrol Eddie Jasmi meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat pendarahan di kepala.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Bandar Batu Pahat ke Jalan Kluang.

Menurutnya, sebaik tiba lokasi kejadian kenderaan mangsa dikatakan terlanggar tembok jalan di bahagian kiri sebelum terbalik berhampiran lorong berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh unit paramedik dipercayai akibat pendarahan di kepala. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat dan kesdisiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:37 PM