Md Nasir (dua dari kiri) dan rakan yang diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat. FOTO Ahmad Othman
Md Nasir (dua dari kiri) dan rakan yang diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat. FOTO Ahmad Othman
Ahmad Othman


Kota Tinggi: Tujuh lelaki yang sesat dalam hutan bersempadan dengan Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), dan Ladang Foh Chong di sini, malam tadi ditemui selamat pada 11.45 pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, terdahulu seorang pemikat burung, Md Nasir Md Nor, 54, pergi sendirian ke kawasan itu pada 7.30 pagi untuk memikat burung murai batu dan burung daun.

Bagaimanapun, kira-kira 9.30 pagi, dia menghubungi telefon bimbit anaknya memaklumkan tidak jumpa jalan keluar dan meminta bantuan mencarinya.

"Anaknya yang berusia 31 tahun ke lokasi yang dimaksudkan untuk membantu bapanya tetapi gagal menemuinya menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan rakan termasuk kenalan ayahnya itu.

"Pada jam 10 malam, enam rakannya masuk ke kawasan itu untuk mencari Md Nasir tetapi turut tersesat dan tidak dapat mencari jalan keluar," katanya.

Katanya, semua tujuh lelaki itu hanya berjaya ditemui dan dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan polis dan bomba pada 11.45 pagi tadi di kawasan hutan berdekatan PULADA Kota Tinggi, tidak jauh dari situ.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 4:28 PM